Sila Klik Di Sini Untuk Tebus Hadiah Anda!

Rakyat Jelata


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Jika seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna, pasti tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan..

Tuesday, September 27, 2011

Ampunkan Kami Ya Allah


Ya Allah..
ku mohon Kau ampunilah kami
sesungguhnya kami terlalu kerdil dan lemah
sering tertewas dengan godaan nafsu
sering alpa dan terleka
sering jauh dari jalanMu
sering terkalah dengan duniawi
sering ingkar dengan suruhanMu
kerana lemahnya iman
mungkin juga kerana kurangnya didikan agama
namun kami akui
semuanya terletak atas pilihan kami sendiri
adakah ini masih dinamakan takdirMu?
bilamana segala perbuatan kami
adalah diatas pilihan kami sendiri?
mungkin inilah yang dikatakan ujian dariMu
godaan nafsu untuk menguji sekuat mana iman kami
ya..
kami telah terlanjur
selalu terlanjur
selalu melampaui batas untuk kami sendiri
walau terkadang semuanya terjadi
bukan atas kerelaan sendiri
namun kerana tuntutan nafsu duniawi
maka kami tewas
Ya Allah
kami mohon Kau ampunila dosa2 kami
dosa2 kedua ibubapa kami
dosa2 org2 yg kami syg
dosa2 semua muslimin dan muslimat
Kau berikanlah yg terbaik buat hidup kami semua
sesungguhnya hanya Kau Maha Mengetahui
apa yg terbaik buat kami..
Aminnn

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...