Sila Klik Di Sini Untuk Tebus Hadiah Anda!

Rakyat Jelata


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Jika seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna, pasti tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan..

Thursday, October 6, 2011

Awak..Sebenarnya Saya...*Malu Nak Cakap*



awak...
sebenarnya saya rindu!
tapi sengaja tak mahu beritahu
sebab saya tak mau mengganggu
walaupun resah tatkala menunggu

awak...
sebenarnya saya sayang!
tapi tak ingin terkenang-kenang
pasti siang malam terbayang-bayang
takut kasih pada pencipta semakin kurang

awak...
sebenarnya saya sangat cemburu!
tapi tak hendak terburu-buru
kerana kepercayaan adalah mercu
doa saya agar awak setia selalu

awak...
sebenarnya hati selalu menangis...
tapi tak rela dilihat seperti pengemis
resah hati sukar ditepis
gelora jiwa payah dikikis

awak...
sebenarnya saya sangat mencinta
tapi tak rela ungkapkan segera
andai Allah satukan kita
itula cinta yang harus dijaga

awak...
sebenarnya saya bukan bermadah
bukan  sengaja menyusun bahasa indah
sekadar melayan hati nan gundah
dalam angan mimpi tak sudah

awak...
sebenarnya saya sayang awak
tapi malu nak cakap kat awak
harap awak sayang saya jugak..!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...