Aku hanya gadis biasa,
tidak punya apa-apa,
tidak punya apa-apa,
Masih bertatih,
mencari
redha,
Masih mentafsir
erti bahagia,
Aku tidak pandai bergaya,
Tidak cantik pada rupa,
Lebih selesa hidup dalam
bersederhana,
Mungkin, seorang yang
mudah mesra,
Tidak peduli apa kata
orang padanya,
Aku hidup bukan untuk
membuat orang suka,
Aku hidup hanya ingin
mencari redha Allah,
Jika aku hanyut
dibuai arus
dunia,
hulurkanlah tangan
memimpin aku ke syurga,
Kerana aku gadis biasa,
Tidak mungkin menjadi
begitu sempurna..