Bagi Yang Patah Hati
Sakit patahhati bertahan selama anda menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam anda membiarkannya. Menentangnya bukanlah cara yang sesuai untuk mengatasinya, melainkan apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.
Bagi Yang Belum Pernah Jatuh Cinta
Bagaimana mahu jatuh cinta? “Kalau mahu jatuh, jatuhlah. Tapi jangan sampai terjerumus!” Tetaplah konsisten tapi jangan terlalu keras. Bahagilah dan jangan sesekali berlaku tidak adil. Fahamilah dan cubalah untuk tidak menuntut. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tapi jangan sampai keterlaluan kerana sifatnya cinta memang mampu melukakan.
Bagi Yang Masih Cintai Si Dia Yang Dah Pergi
Perkara menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta, hanya kemudian pada akhirnya kamu sedari bahawa dia bukanlah jodoh kamu.
Dengan hal demikian, kamu telah mensia-siakan hari-harimu, bulan-bulanmu malahan bertahun-tahun dengan seseorang yang bukannya jodoh kamu sedangkan si isteri/suami mu sedang menanti kehadiranmu.Kalau sekarang pun dia tak layak, 10 tahun dari sekarang juga dia tak akan layak!
Lebih baik kamu ketahui perangai buruknya sekarang sebelum si dia menjadi sebahagian hidupmu yang akan selalu melukakanmu. Biarkan dia pergi, terus lupakan!
Bagi Yang Jenis Playboy/Playgirl
Jangan katakan “Aku Cinta Pada Mu” bila anda benar-benar tidak peduli. Jangan bicarakan soal perasaan hati bila itu memang tidak benar-benar ada. Jangan pula anda sentuh hati seseorang bila anda mula berniat mematahkan hatinya.
Jangan menatap ke dalam-dalam matanya bila mana pandangan anda itu hanyalah pembohongan. Dan perkara yang paling kejam ialah, jangan pernah anda biarkan anda di cintai sedangkan anda tidak berniat sama sekali untuk menerimanya saat dia terjatuh !
ohh menarik..bg yg cinta sama cinta pulak..HAHAH
ReplyDelete