Sila Klik Di Sini Untuk Tebus Hadiah Anda!

Rakyat Jelata


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Jika seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna, pasti tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan..

Sunday, October 3, 2010

Tanda2 kematian

Monday, September 21, 2009
100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya
 hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.




Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini 
cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. 
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. 
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran
 atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih 
dimana jika diperhatikan dengan teliti 
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati 
 maka getaran ini akan berhenti dan hilang 
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan 
tanpa memikirkan soal kematian , 
tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
 maka ini adalah peluang terbaik 
untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
 Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. 
Pada ketika ini
 daun yang tertulis nama kita




akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
 Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut
 dan mula membuat persediaannya ke atas kita 
antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. 
Akan terjadi malaikat maut ini akan 
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
 dan jika ini terjadi,
 mereka yang terpilih ini akan merasakan
 seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang
 tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa 
adalah  bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan
 hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan 
di mana orang sakit yang tidak makan 
secara tiba-tiba



ianya berselera untuk makan.

3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan
 di bahagian tengah dahi kita iaitu




diantara dahi kanan dan kiri. 
Jika tanda ini dapat dikesan 
maka berpuasalah kita selepas itu 
supaya perut kita
 tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan 
orang yang akan memandikan kita nanti.
 Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
 dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh 
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
 Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
 Telapak kakinya yang terlunjur 
akan perlahan-lahan jatuh ke depan 
dan sukar ditegakkan.

1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar 
di mana kita akan merasakan satu denyutan




di sebelah belakang
 iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat
 untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana
 kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat 
dan ianya akan turun ke pinggang 
dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. 
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap 
kalimah syahadah



dan berdiam diri 
dan menantikan kedatangan malaikat maut 
untuk menjemput kita 
kembali kepada Allah SWT 
yang telah menghidupkan kita dan
sekarang
akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa
 dan berdoa kepada Allah SWT
semuga kita




adalah di antara orang-orang yang dipilih 
oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka 
terhadap tanda-tanda mati ini 
semoga kita dapat
membuat persiapan terakhir 
dalam usaha memohon keampunan 
samada dari Allah SWT
 mahupun dari manusia sendiri 
dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
 Walau bagaimanapun 
sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa
lagi pemurah lagi maha mengasihani 
maka diriwatkan 
bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu
 masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu
samada doa dari kita sendiri 
ataupun doa dari orang lain.
 Namun ianya adalah ketentuan
Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha 
dan berdoa semuga kita diberi




hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT 
serta kelapangan masa dan kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran 
dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah
SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya 
dari Allah SWT dan apa yang salah 
dan silap itu adalah
 dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM
Moga-moga setiap kita dan keluarga
 diampuni Allah dan diberkati




hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan 
bekalan untuk hari kemudian kita.

Bacalah kandungan ini 
agar dapat menjadi ingatan kita semua.
Insyallah
mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang 
ubah sikap umur kita semakin
hari semakin meningkat. 
Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian.
 Saya berpesan kepada diri
saya sendiri 
dan berharap saudara saya semua begitu juga
. Cubalah kita 
ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...