Sila Klik Di Sini Untuk Tebus Hadiah Anda!

Rakyat Jelata

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Jika seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna, pasti tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan..

Wednesday, August 14, 2013

Aku Yang Tak Sempurna dan Tak Kan Pernah Bisa Jadi Sempurna



Aku hanya gadis biasa,
tidak punya apa-apa,
Masih bertatih,
mencari 
redha,
Masih mentafsir
erti bahagia,

Aku tidak pandai bergaya,
Tidak cantik pada rupa,
Lebih selesa hidup dalam
bersederhana,
Mungkin, seorang yang
mudah mesra,

Tidak peduli apa kata
orang padanya,
Aku hidup bukan untuk
membuat orang suka,
Aku hidup hanya ingin 
mencari redha Allah,

Jika aku hanyut 
dibuai arus 
dunia,
hulurkanlah tangan
memimpin aku ke syurga,

Kerana aku gadis biasa,
Tidak mungkin menjadi
begitu sempurna..

Friday, July 19, 2013


Tak usah bicara tentang payung emas

Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat

Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia

Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb

Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan

Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…

Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…


Wednesday, April 11, 2012

Tentang Rasa



Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
'tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tuesday, February 21, 2012

Jangan Bersdih Wahai Diri


ღ✿ღ Jangan bersedih bila orang lain tidak MEMAHAMI dirimu. 
Tapi berdukalah kerana dikau tidak MEMAHAMI orang lain 

ღ✿ღ Jangan bersedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI dirimu.
 Tapi berdukalah kerana dikau tidak PERCAYA pada dirimu sendiri

 ღ✿ღ Jangan bersedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpdmu.
 Tapi berdukalah kerana dikau masih belum membuat PERSIAPAN

 ღ✿ღ Jangan bersedih bila orang tidak MENGHARGAImu. 
Tapi berdukalah kerana dikau tidak MENGHARGAI orang lain

 ღ✿ღ Jangan bersedih bila orang lain MENGHINAmu. 
Tapi berdukalah kerana dikau MENGHINA dirimu sendiri

 ღ✿ღ Jangan bersedih jika orang selalu MENGKRITIK dirimu. 
Tapi berdukalah kerana dikau tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

 ღ✿ღ Jangan bersedih jika dirimu selalu JATUH. 
Tapi berdukalah kerana dikau tidak mahu BANGKIT kembali 

ღ✿ღ Jangan bersedih kerana perjalanan hidupmu penuh PAHIT GETIR. 
Tapi berdukalah kerana dikau tak pernah sekalipun belajar dari PENGALAMAN

Sunday, October 16, 2011

Pelik Tapi Inilah Hakikatnya!



# Pelik ya..duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma 


    masjid,

Tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.



# Pelik ya..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir ,


Tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi.



# Pelik ya..betapa lamanya 1 jam berada di masjid,


Tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.



# Pelik ya..tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu,


Tetapi tidak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang 2,3 kali.



# Pelik ya..susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,


Tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.



# Pelik ya.. kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email



    mahupun di facebook,

Tetapi bila mengirim yang berkaitan ibadah,berfikir dua tiga kali..




Renung-renungkanlah semua..



*credit to iluvislam.com

Peringatan Bagi Yang Jenis Playboy/Playgirl

Bagi Yang Patah Hati
Sakit patahhati bertahan selama anda menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam anda membiarkannya. Menentangnya bukanlah cara yang sesuai untuk mengatasinya, melainkan apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.
Bagi Yang Belum Pernah Jatuh Cinta Bagaimana mahu jatuh cinta? “Kalau mahu jatuh, jatuhlah. Tapi jangan sampai terjerumus!” Tetaplah konsisten tapi jangan terlalu keras. Bahagilah dan jangan sesekali berlaku tidak adil. Fahamilah dan cubalah untuk tidak menuntut. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tapi jangan sampai keterlaluan kerana sifatnya cinta memang mampu melukakan.
Bagi Yang Masih Cintai Si Dia Yang Dah Pergi Perkara menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta, hanya kemudian pada akhirnya kamu sedari bahawa dia bukanlah jodoh kamu. Dengan hal demikian, kamu telah mensia-siakan hari-harimu, bulan-bulanmu malahan bertahun-tahun dengan seseorang yang bukannya jodoh kamu sedangkan si isteri/suami mu sedang menanti kehadiranmu.Kalau sekarang pun dia tak layak, 10 tahun dari sekarang juga dia tak akan layak! Lebih baik kamu ketahui perangai buruknya sekarang sebelum si dia menjadi sebahagian hidupmu yang akan selalu melukakanmu. Biarkan dia pergi, terus lupakan!
Bagi Yang Jenis Playboy/Playgirl Jangan katakan “Aku Cinta Pada Mu” bila anda benar-benar tidak peduli. Jangan bicarakan soal perasaan hati bila itu memang tidak benar-benar ada. Jangan pula anda sentuh hati seseorang bila anda mula berniat mematahkan hatinya. Jangan menatap ke dalam-dalam matanya bila mana pandangan anda itu hanyalah pembohongan. Dan perkara yang paling kejam ialah, jangan pernah anda biarkan anda di cintai sedangkan anda tidak berniat sama sekali untuk menerimanya saat dia terjatuh !

5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating



Ini adalah diantara Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating. Para lelaki sila ambil perhatian ye.


1. Kawan baik kakak anda. Kenapa? Ini kerana pada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ‘diserang’.




2. Setiausaha anda. Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.


3. Bekas teman wanita. Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.








Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.
5. Wanita yang terlalu demand. Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ‘demand’ kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.










p/s:: semoga info ini berguna buat para lelaki diluar sana yep...

Saturday, October 15, 2011

Yang Terindah Hanya Sementara



Apa Guna Sayang Jika Sering Dipinggirkan


kenape aku rase die cam berubah ye?
rindu dengan kemesraan die dulu..
rase cam die da xmesra skrg..
aku taw die bz tapi kenapa mesti series sgt? 
ckp syg tp xmacam sayang pun..
adakah aku patut pergi jauh darinye? 
aku sedar siapa aku..
mungkin xlayak bersamanya..
bersabarlah wahai hati..
bersabar untuk sedikit masa lagi..
jika tiada perubahan,
 maka aku akan bawa diri..
apa guna syg jika sering dipinggirkan...

Thursday, October 13, 2011

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN



Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu
Berterima kasihlah pada orang yang telah…

☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..

Wednesday, October 12, 2011

Janganlah kau angkuh melaungkan..



Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

*sekali sayang selamanya dihati*

Tuesday, October 11, 2011

Bila Kita Diam..



bila kita berdiam.
 ada yg terus menyakiti...
bila kita bersabar.
 ada lagi dugaan silih berganti…
bila kita bersuara.
bimbang ada yg terasa hati…
ada baiknya kita terus berdiam 
dan bersabar
kerana hanya itu sahaja
 jalan yg terbaik utk mengatasi..
wlpn mungkin akhirnya kita yg terasa hati.
yg penting kita tak kan biarkan
 sesiapa pun merasa "pedihnya" terasa hati.
kerana kita sudah pun merasai.


* aku tak mungkin mampu menjadi sempurna namun aku mampu berubah ke arah yg lebih baik. semua org buat kesilapan tapi sekali buat silap bukan selamanya kesilapan itu terus berlaku. buka mata buka hati.

Artis Ahmad Jais meninggal dunia - Al Fatihah



Penyanyi veteran, Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, 1 Oktober lalu akibat sesak nafas, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi. Allahyarham yang dilaporkan kembali stabil dan beransur pulih selepas seminggu dimasukkan ke DEMC mulai nazak, semalam, dan dikunjungi sanak saudara dan kenalan artis termasuk Datuk A Rahman Hassan. Jenazah akan dibawa ke Masjid Shah Alam untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sebelum Zohor.


*sumber harian metro 11/10/2011

Apa Erti Setia ?




apa erti setia
jika hanya aku saja
apa erti sayang
jika hanya aku yg memendam
apa erti rindu
jika hanya aku yg memburu

merpati yg terbang
bergurau senda di awan
tanpa dosa tanpa rawan
menyanyi lagu bersiul riang

dan aku yg kehilangan
merintih kehampaan
patah sayapku enggan terbang
bisu lidahku tidak keruan
senak dadaku kesakitan
terus meniti suratan
apakah selamanya hidupku bersendirian?

Saturday, October 8, 2011

Bayi 23 Hari diliwat Bapa





Susah nak percaya. Nak percaya ke tak erk? Aduh ntahla..makin canggih dunia makin pelik perangai manusia neh kan. haishhh


Papepun korang baca ni dulu ok. Komen korang amatlah dialu-alukan.


GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.



“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.



*Sumber harian metro sabtu 8/10/11.

P/S:: Ntah ape la nak jadi dgn dunia skrg. Manusia makin xberakal..aku pn da xtau nak komen ape. ape komen korang??

Friday, October 7, 2011

Mungkin Kerana Diriku yg Tiada Paras Rupa



Saat pertemuan pertama kita,
hati terus menyatakan hasrat cinta,
hasrat utk hidup bersama,
sebagai pasangan kekasih yg bahagia,
walau dimana jua,
susah,senang,suka,duka,kita kan tetap bersama,
tetapi hatinya berubah sekelip mata,
mula membuat hatiku kecewa,
mula memberi alasan utk segalanya,
kerana hadirnya orang ketiga,
saat diriku benar2 perlukannya,
dirinya tiada bersama,
hatiku sedah benar2 hampa,
mungkin takdir kita bukan bersama,
mungkin kerana diriku yg tiada paras rupa,
namun semua itu tidak mengapa,
walau hatiku yg diluka,
dirimu akan tetap ku cinta utk selamanya...

Pesanan Terakhir Sebelum Lenaku Panjang



Jika matamu berat memandangku,
ringankanlah kakimu pergi dariku,
jika bibirmu terpaksa senyum padaku,
relakanlah mukamu berpaling dariku,
jika susah untuk engkau melupakan kesilapanku,
senangkanlah lidahmu untuk menghina,
TAPI...
andainya satu hari nanti,
telingamu terdengar berita pemergianku
bisikan padaku yang kau telah memaafkan aku,
semoga kalimah terakhirmu itu 
menjadi pelita dikubur gelapku 
menjadi bantal ketika lena panjangku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...