Sila Klik Di Sini Untuk Tebus Hadiah Anda!

Rakyat Jelata


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Jika seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna, pasti tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan..

Sunday, October 24, 2010

RAHSIA CINTA..

·         

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?  Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk  kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

·         Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa  kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang  lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
·         Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
·         Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah  jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak  mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. 
·         Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. 
·         Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...