Sila Klik Di Sini Untuk Tebus Hadiah Anda!

Rakyat Jelata

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Jika seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna, pasti tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan..

Saturday, December 18, 2010

Tentang wanita..

         30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak menitiskan airmata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu 
selepas kamu menyakiti hatinya, 
lebih baik kamu beri dia masa 
untuk menenangkan hatinya semula
 sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
 tentang orang yang paling dia sayang
 (sebab itu ramai wanita yang patah hati
 bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,
 lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya 
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta
 merenung tajam ke dalam matanya,
 dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian
 tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan
 gadis yang sukakan kamu separuh mati
,tolak cintanya dengan lembut,
jangan berkasar sebab ada satu semangat 
dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu
 bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis
 mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,
biarkan dia untuk seketika.
Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,
cubalah tegur dia perlahan-lahan. 
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah 
cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 
10. Jangan sesekali beritahu perempuan 
yang mereka ni lansung tak berguna. 
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya 
dalam diam memberikan respon positif
,misalnya menghubunginya melalui telefon,
si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,
tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,
dia akan menjerit kesukaan
 dan tak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.
Jadi jangan senyum sebarangan. 
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,
cubalah mulakan dengan persahabatan.
Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 
15. Jika sorang wanita memberi 
seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar
,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 
16. Tetapi jika dalam masa yang sama
 dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,
teruskan usahamu untuk memikatnya. 
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.
Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,
dia akan sering tertanya-tanya
 kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara 
yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,
cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,
benda pertama yang dicari oleh wanita ialah
 siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,
kemudian barulah dirinya sendiri. 
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya
 tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
 akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan
 mereka semata-mata nak tackle kawan mereka
 yang paling cantik. 
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat,
 jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki
 yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya
 mengadakan surprise buatnya
(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis)
.Mereka akan rasa terharu 
dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.
Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki 
yang ambil berat tentang mereka 
dan baik terhadapnya.
So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita
 kerana apa yang dia mahu
 hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...