Sila Klik Di Sini Untuk Tebus Hadiah Anda!

Rakyat Jelata


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Jika seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna, pasti tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan..

Thursday, January 20, 2011

Benarkah cinta itu menyakitkan?



Cinta adalah subjektif. Ada yang mengatakan cinta itu buta. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Ada yang mengatakan cinta itu menyakitkan sehingga mahu menjauh dari cinta.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ya memang benar. Walau secocok mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi dalam mengharung perhubungan. Dalam bercinta ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Kita perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa apabila sebuah pasangan itu hancur di tengah jalan. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja berpisah, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Semua perkara yang tidak pernah terlihat ketika bercinta dikeluarkan dan saling salah menyalahkan. Bila difikir-fikirkan waktu kita ketawa bersama sangat xbernilai jika dibandingkan dengan saat kita menagis sendirian.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Oleh itu kita mesti berpada-pada dalam bercinta kerana cinta itu manis ketika di saat manis tetapi menjadi pahit apabila nilai cinta itu hilang. Cinta itu sangat menyakitkan apabila semua kenangan musnah bersama harapan yang hancur. Jadi Beringatla yer!

2 comments:

  1. cinta 2 indah actually...lau kite bcnta nga org yg betul2 sygkan kita..tp teramat skit bila tersalah pilih...sumtime kita x pnh duga kbhagiaan yg kite kcapi 2 akan berakhir dengn kkecewaan...

    ReplyDelete
  2. ye betul 2..jadi jangan jadi hamba cinta..jgn biarkan cinta kuasai kita tp kita kuasai cinta itu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...