Sila Klik Di Sini Untuk Tebus Hadiah Anda!

Rakyat Jelata


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Jika seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna, pasti tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan..

Saturday, July 23, 2011

Fenomena Simbah Asid- Di mana Letaknya Keperimanusiaan Kita?


Ameneh Bahrani

Bagaikan sebuah fenomena, pelbagai berita yang memaparkan kecederaan manusia berpunca daripada asid getah sering menjadi paparan di media, seolah-olah bahan berkenaan umpama musuh yang sangat merbahaya!



Beberapa siri insiden serangan asid di Lembah Klang baru-baru ini jelas menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak. Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac namun orang yang bertanggungjawab masih bebas lepas.


Terkini pula kes dua kanak-kanak di Felda Jengka 9 pula menjadi mangsa! Ikuti beberapa fakta kes mengenai kejadian ini.




Fakta Kes 1


TEHERAN: Seorang wanita yang buta dan cacat selepas seorang lelaki yang kecewa kerana cintanya ditolak melontar asid pada mukanya berkata, dia gembira untuk membalas dendam terhadap lelaki itu.
Sebuah mahkamah di Iran memberi kebenaran kepada Ameneh Bahrami untuk menitiskan asid pada mata penyerangnya, bekas rakan pelajarnya di Universiti Teheran.

Mahkamah memberikan pampasan berjumlah kira-kira RM95,000 dan menjatuhkan hukuman penjara ke atas lelaki itu, Majid Movahedi. Bagaimanapun, Ameneh menolak pampasan berkenaan, sebaliknya mahu penyerangnya menderita sepertinya.



Fakta Kes 2


Seorang lelaki terbunuh setelah sekian lama menderita akibat menjadi mangsa simbahan asid .
Sila Klik SIni Untuk Berita Penuh


Fakta kes 3


Kejadian di Felda Jengka 9 'DUNIA SAYA GELAP' -KLIK SINI UNTUK BERITA SEPENUHNYA



Persoalannya,dimana KEPERIMANUSIAAN KALIAN?!
Adakah dengan memusnahkan hidup mangsa dengan cara begini dapat memuaskan hati kalian ? Zalim dan Kejam! Itu saja yang dapat di gelar untuk si pelaku ini. Di mana letak nilai kemanusiaan mereka sehingga tergamak menzalimi orang lain sebegini rupa? Demi kepuasan diri, orang lain menderita seumur hidup. Mungkin andai terkena pada diri sendiri dan keluarga baru mereka faham apa erti kesengsaraan atas perbuatan terkutuk ini. Wallahualam.

p/s:: Hanya Allah sahaja yang bisa membalas perbuatan kalian. Ingat, WHAT GOES AROUND COMES     AROUND!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...