Sila Klik Di Sini Untuk Tebus Hadiah Anda!

Rakyat Jelata


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Jika seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna, pasti tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan..

Friday, July 22, 2011

Perlu ke Jadi Gunting Dalam Lipatan?


Apa guna kita berkawan?
Sekadar tempat untuk kau luah perasaan?
Atau semata-mata untuk kau menumpang senang?
Mungkin juga sebagai batu loncatan?
Agar kau bisa mendapatkan apa yang kau inginkan?
Ahh..
Kawan...
Taukah kau apa itu erti susah dan senang?
Atau kau pura-pura tak faham?
Aku..
Tak pernah melihat apa kekurangan atau kelebihan
Yang kau miliki
Kerna persahabatan ini nilainya lebih dari itu
Apa yang kau mahu semua ku turutkan
Apa yang kau lakukan semua aku diamkan
Apakah itu masih belum cukup?
Atau perlu aku menyembahmu?
Agar kau puas hati 
Dan berhenti memburukkan aku?
Adakah itu yang kau mahu?
Mahu mengambil kesempatan 
Atas kelebihan dan kelemahan orang lain
Adakah itu tujuan kau berkawan?
Aku tak pernah melihat pada apa yang kau berikan padaku
Tetapi padaku
Yang lebih penting adalah apa yang ku berikan padamu
Ya
Aku memberikan segalanya..
Seikhlasnya
Dengan senang hati
Tapi mengapa kau masih tak puas hati?
Perlu ke kau tikam aku dari belakang?
Sekali lagi
PERLU KE KAU BUAT MCM TU?!

Sebelum tu
aku nak kau tahu apa perasaan aku
Terhadap persahabatan kita selama ni
Walau kau tak pernah tahu
Untuk terakhir kalinya
Sebelum aku menjauh dari hidup kau
Aku nak kau tahu aku sayangkan kau
Sehingga semuanya terbongkar
Aku masih jua sayangkan kau
Tapi tak seperti dulu lagi
Susah untuk menerima apa yang kau buat
Ini warkah terakhir buat kau



Salam sayang..
Selamat tinggal kawan..


p/s:: ikhlas dari aku untuk si gunting dalam lipatan AKA back stabber!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...